Langkah-Langkah Pendaftaran dan Pengiklanan Perniagaan pada MCO Mart

Langkah-Langkah Pendaftaran dan Pengiklanan Perniagaan pada MCO Mart
Oct
11
Mon

Hai semua! 

Dalam blog ini, kami akan menerangkan langkah-langkah untuk membuat akaun baharu pada laman MCO Mart, serta cara untuk memaparkan iklan bagi produk atau perniagaan anda

Pendaftaran Akaun Baharu 
1.    Pada laman https://mcomart.my/, klik pada butang “Sign In”. Butang ini terletak pada kanan atas skrin komputer anda. 

 

2.    Dalam kotak yang muncul, klik “Register” dan lengkapkan butir-butir yang diperlukan. Selepas itu, klik butang “Register” yang terletak di bawah. 

 

Pemaparan Iklan Anda 
Setelah siap membuat akaun baharu, anda bolehlah mula membuat iklan untuk menunjukkan produk/perniagaan anda pada laman web kami. 

3.    Mula dengan klik pada butang “Advertise” yang terletak pada menu di atas, dan klik “Start today” pada Listing Options (pilihan pengiklanan). Selepas itu, klik “Continue” untuk meneruskan proses pengiklanan produk. 

 

4.    Sekarang, anda boleh lengkapkan butiran produk/perniagaan anda seperti berikut: 

 

a.    Listing Title
Nama perniagaan anda, nama yang akan dipapar pada laman MCO Mart 

b.    Categories
Kategori atau jenis produk/perniagaan anda, anda boleh pilih lebih daripada satu kategori 

c.    Summary Description
Ringkasan huraian produk/perniagaan anda 

d.    Description
Huraian produk/perniagaan anda, anda boleh tulis penerangan produk anda secara teliti 

e.    Keywords for the search
Perkataan yang boleh mewakili perniagaan anda -  jika carian dilakukan dengan perkataan tersebut, perniagaan anda akan muncul dahulu 

f.    Photo Gallery
Gambar produk, anda boleh memuat naik gambar produk ke pautan iklan anda 

g.    Cover Image
Gambar banner yang muncul di bahagian atas iklan anda 

h.    Logo Image
Gambar logo perniagaan anda 
 

5.    Seterusnya, lengkapkan “Contact Information”. Secara pilihan, anda juga boleh memuat naik video. 


a.    E-mail
E-mel untuk menghubungi anda 

b.    Phone:
Nombor telefon untuk menghubungi bisnes anda  

c.    URL
URL laman iklan anda 

d.    Address
Alamat perniagaan anda 

e.    Instant messaging
Messenger untuk menghubungi bisnes anda 

f.    Videos
Boleh letakkan video 

g.    Attach Additional File
Boleh muat naik fail tambahan untuk dimuat turun oleh pelanggan 

 

6.    Akhir sekali, lengkapkan informasi media sosial, waktu operasi dan butiran SEO. 


a.    Social media accounts
Akaun media sosial bisnes anda 

b.    Hours
Waktu operasi perniagaan anda 

c.    SEO Title/URL:
Anda boleh biarkan SEO Title and Slug URL seperti yang dicadangkan oleh sistem 

d.    SEO Keywords
Dicadangkan untuk meletakkan perkataan yang telah diisi pada “Keywords for the Search” seperti yang telah dibuat di atas 

e.    SEO Description
Ini akan diikuti ringkasan huraian perniagaan anda 

 

7.    Klikkan butang “Save” di bawah. 

8.    Setelah siap, anda perlulah tunggu sehingga pihak MCO Mart mengesahkan iklan anda. Jika terdapat sebarang butiran yang tidak mencukupi, pihak kami akan menghubungi anda untuk memastikan semua butiran telah diisi dan selesai. 

 

9.    Sekiranya iklan anda telah disahkan, iklan anda akan dipapar pada laman kami seperti yang berikut: